Saturday, August 25, 2007

keperluan bagi seorang blogger

apakah ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang blogger? disini putri dedahkan beberapa keperluan bagi mereka yang ingin menjadi seorang blogger. Ada banyak keperluan untuk menjadi seorang blogger yang hebat antaranya

Internet - adakah anda mempunyai capaian internet atau anda boleh mendapatkan kemudahan internet dengan mudah? ini kerana blog hendaklah sentiasa di update bagi memastikan kesegaran maklumat dalam blog anda, ini juga bagi menentukan rank anda dalam enjin carian

Minat membaca - walaupun bukan secara direct, secara tak langsung anda juga hendaklah merupakan seorang yang suka membaca bagi menambahkan maklumat yang anda ada, serta memberikan maklumat kepada pelawat blog anda.

Minat - anda juga haruslah mempunyai sesuatu yang anda minati, tak kiralah ia nya hobi, cita-cita atau sebagainya, ini kerana sekiranya anda tidak minat terhadap sesuatu tajuk yang anda buat, ia tidak akn bertahan lama, anda akan mudah jemu.

berdikari - ini amat penting dalam dunia internet, adakah anda boleh berdikari untuk maju tanpa mengharap maklumat yang diberikan 100 peratus, anda hendakalh bersedia mencari maklumat yang lebih tanpa menunggu maklumat diberikan kepada anda, anda boleh?

disiplin - anda hendaklah mempunyai disiplin yang tinggi untuk sentiasa mengupdate maklumat anda, ini adalah salah satu sebab kemudahan internet adalah paling penting.

masa- sedikit sebanyak anda terpaksa mengorbankan masa anda yang terluang waktu dahulu untuk diisi dengan blogging, tetapi sekiranya anda benar-benar mahu, perkara ini bukanlah alasan.

kreatif - mempunyai fikiran yang kreatif merupakan bonus bagi anda untuk menarik pelawat mengunjungi blog anda. Ini termasuklah berani mencuba sesuatu yang baru keatas blog anda, ingat perubahan blog amat penting bagi menambahkan income anda, ini kerana pelawat akan mengenal pasti iklan anda.

sosial - anda mestilah seorang yang senang bergaul walaupun dalam duniacyber, ini kerana medium tersebut amat penting bagi membuat promosi blog anda, daripada kita hanya suka-suka lebih elok kita tambah pendapatan sambil enjoy, apa kata anda?

sabar - anda hendaklah mempunyai kesabaran yang tinggi, ini bukan skim cepat kaya yang membuat kerja sedikit tetapi mengharapkan pulangan yang lumayan, tetapi ini adalah program yang memerlukan usaha yang berterusan, anda akan dapat setimpal dengan apa yang anda usaha.

kerja keras - bagi putri aspek inilah yang paling penting, anda hendaklah berusaha keras untuk mendapatkan pulangan yang lumayan, jangan bimbang apa yang kita usahakan akan membuahkan hasil andai anda tidak melakukannya sekerat jalan.

teruskan membaca...

© Blogger Templates | Webtalks